Friday, July 31, 2009
Sesi Bertemu Pegawai Daerah Simunjan
Tuesday, July 21, 2009
Pertandingan Futsal Tertutup MDS ( Diuruskan oleh Ahli KSK Simunjan )
Video Perlawanan Futsal Wanita Pasukan Kuning Menentang Pasukan Hitam ( Kuning 1-Hitam 0)
Sunday, July 19, 2009
Sesi Bertemu Adun Parlimen P.200 Batang Sadong
Pada 17 Julai 2009, beberapa orang ahli KSK Simunjan berkesempatan menemui YB Nancy merangkap ADUN Parlimen P.200 Batang Sadong. Pihak KSK Simunjan berpeluang memperkenalkan KSK dan membincangkan aktiviti yang sedang dan akan dijalankan. Selain itu pihak KSK Simunjan turut melahirkan penghargaan kepada YB dan berharap agar pihak YB dapat bekerjasama dan menyumbang idea bagi membantu pihak KSK Simunjan dalam menanggani sebarang masalah.
Persediaan Awal ( Membuat Tiang Gol )
Monday, July 6, 2009
Persediaan Menjelang Pertandingan Bola Sepak Lelaki




Pertandingan Bola Jaring

Pertandingan Akhir Bola Jaring Wanita anjuran Kelab Sukan Komuniti telah berlangsung dengan meriahnya di Padang Sentral, Simunjan pada 28 Jun 2009 lepas serentak dengan Pertandingan Akhir Futsal Wanita. Seramai 6 pasukan dipertandingkan. Secara kasarnya,pertandingan bola jaring ini kurang mendapat sambutan kerana penduduk masih belum mendapat pendedahan tentang permainan ini. Sejurus permainan akhir berlangsung, penyokong bersorak dengan meriah untuk memberi semangat kepada pemain pasukan masing-masing. Perlawanan sengit antara Pasukan SMK Simunjan No.1 dengan SMK Sri Sadong memperlihatkan kehebatan pelajar SMK Sri Sadong yang telah berjaya mengatasi pasukan lawan dan seterusnya menjadi johan pertandingan.
Selain itu, persembahan Shuffle dan Ball Junggling telah dipersembahkan oleh anak-anak remaja di Daerah Simunjan . Bagi memeriahkan lagi acara pihak penganjur telah mengadakan pertandingan Poco-poco secara individu. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Kaunselor Ismail Hj Dahari dan Ketua Kampung Raili Bin Alias
Saturday, July 4, 2009
Futsal Wanita



PERTANDINGAN AKHIR FUTSAL WANITA DAERAH SIMUNJAN ANJURAN KSK
Pertandingan Akhir Futsal Wanita anjuran Kelab Sukan Komuniti telah berlangsung dengan meriahnya di Padang Sentral, Simunjan pada 28 Jun 2009 lepas. Penyokong yang bersorak dengan meriah telah memberi semangat kepada pemain pasukan masing-masing. Perlawanan sengit antara Pasukan SMK Simunjan No.1 dengan Pasukan Kpg. Sageng telah berakhir tanpa jaringan 0-0 dan perlawanan berkesudahan dengan tendangan penalti 2-1 yang dimenangi oleh Pasukan SMK Simunjan No.1. Sebuah lagi Pasukan SMK Simunjan No.1 telah mendapat tempat yang ketiga manakala Pasukan Kpg. Keleka pula menduduki tempat keempat.
Pertandingan Bola Tampar Lelaki




Pertandingan Akhir Bola Tampar anjuran Kelab Sukan Komuniti telah berlangsung 25 Mei 2009 bertempat di Padang Sentral jam 5.00 petang. Perlawanan antara Pasukan COBRA 2 yang mewakili Kampung Keleka dan Pasukan Psyco Touch mewakili Syarikat Ladang Kelapa Sawit akhirnya menyaksikan kemenangan yang berpihak kepada Pasukan COBRA 2 dari Kampung Keleka, Simunjan.
Ketua Kampung Raili B.Alias dan Kaunselor Ismail Hj Dahari sekali lagi telah dijemput untuk menyaksikan perlawanan sekaligus menyampaikan hadiah kemenangan kepada pasukan-pasukan yang berjaya. Taniah diucapkan kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya dan teruskan usaha kepada pasukan yang kecundang.