Friday, July 31, 2009

Sesi Bertemu Pegawai Daerah Simunjan

AJK KSK Simunjan bergambar bersama Pegawai Daerah Simunjan

Sesi taklimat dan penerangan bersama Pegawai Daerah dan AJK KSKS

En. Bakar menyampaikan Cenderahati dari KSK Simunjan kepada Pegawai Daerah Simunjan


Pada 29 Julai 2009 sekitar jam 3.00 pm, 5 orang ahli KSK Simunjan telah berjumpa dengan Pegawai Daerah Simunjan iautu En Zainul Abidin. Pejumpaan tersebut telah diadakan di bilik Pegawai Daerah tersebut iaitu di Pejabat Daerah Simunjan

Tuesday, July 21, 2009

Pertandingan Futsal Tertutup MDS ( Diuruskan oleh Ahli KSK Simunjan )


Video Perlawanan Futsal Wanita Pasukan Kuning Menentang Pasukan Hitam ( Kuning 1-Hitam 0)

Sunday, July 19, 2009

Sesi Bertemu Adun Parlimen P.200 Batang Sadong

Gambar : YB Nancy duduk di tengah-tengah

Pada 17 Julai 2009, beberapa orang ahli KSK Simunjan berkesempatan menemui YB Nancy merangkap ADUN Parlimen P.200 Batang Sadong. Pihak KSK Simunjan berpeluang memperkenalkan KSK dan membincangkan aktiviti yang sedang dan akan dijalankan. Selain itu pihak KSK Simunjan turut melahirkan penghargaan kepada YB dan berharap agar pihak YB dapat bekerjasama dan menyumbang idea bagi membantu pihak KSK Simunjan dalam menanggani sebarang masalah.

Persediaan Awal ( Membuat Tiang Gol )

Gambar-gambar membuat tiang gol untuk pertandingan Liga Bola Sepak
Anjuran KSK Simunjan
Pekerja yang telah diupah sedang mengecat Tiang gol
Lubang tiang gol yang telah siap digali dan disimen. Menunggu kering bagi mendirikan tiang

Beberapa orang sedang menyukat saiz dan kedudukan tiang gol


Menggali lubang untuk mendirikan tiang gol




Monday, July 6, 2009

Persediaan Menjelang Pertandingan Bola Sepak Lelaki



Kanak-kanak membantu membersihkan padang

Kelihatan ahli KSK dan kanak-kanak bergotong-royong mengangkut rumput

Tekun memotong rumput

Padang yang telah separuh siap dipotong

Menjelang Pertandingan Liga Bola Sepak Lelaki, pihak KSK Simunjan terpaksa mempersiapkan padang MDS bagi membolehkan pertandingan ini diadakan bermula pada 12 Julai 2009. Bermula dengan persiapan padang dari memotong rumput-rumput yang tinggi, membersih kawasan padang untuk memberikan keselesaan kepada pemain disamping bagi menjayakan Pertandingan ini. Cabaran yang paling sukar sekali pihak KSK Simunjan terpaksa membelanjakan peruntukan pertandingan dengan sebaiknya bagi membuat tiang kol yang baru( 2 tiang gol ) kerana tiang gol yang sedia ada tidak sesuai untuk pertandingan. Kos dan upah bagi persiapan padang dan membuat tiang gol telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak KSK Simunjan.




















Pertandingan Bola Jaring

Semasa perlawanan berlangsung

Semasa perlawanan berlangsung

SMK Simunjan No. 1 ( Naib Johan )


SMK Sri Sadong ( Johan )

Sebahagian daripada penonton pertandingan


Pertandingan Bola Jaring Anjuran KSK Simunjan

Pertandingan Akhir Bola Jaring Wanita anjuran Kelab Sukan Komuniti telah berlangsung dengan meriahnya di Padang Sentral, Simunjan pada 28 Jun 2009 lepas serentak dengan Pertandingan Akhir Futsal Wanita. Seramai 6 pasukan dipertandingkan. Secara kasarnya,pertandingan bola jaring ini kurang mendapat sambutan kerana penduduk masih belum mendapat pendedahan tentang permainan ini. Sejurus permainan akhir berlangsung, penyokong bersorak dengan meriah untuk memberi semangat kepada pemain pasukan masing-masing. Perlawanan sengit antara Pasukan SMK Simunjan No.1 dengan SMK Sri Sadong memperlihatkan kehebatan pelajar SMK Sri Sadong yang telah berjaya mengatasi pasukan lawan dan seterusnya menjadi johan pertandingan.
Selain itu, persembahan Shuffle dan Ball Junggling telah dipersembahkan oleh anak-anak remaja di Daerah Simunjan . Bagi memeriahkan lagi acara pihak penganjur telah mengadakan pertandingan Poco-poco secara individu. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Kaunselor Ismail Hj Dahari dan Ketua Kampung Raili Bin Alias















Saturday, July 4, 2009

Futsal Wanita

Pasukan Kpg. Keleka (Tempat Keempat)

Pasukan Kpg. Sageng (Tempat Kedua)

Pasukan SMK Simunjan No.1 (Tempat 1 & 3)

Persembahan Poco-poco


PERTANDINGAN AKHIR FUTSAL WANITA DAERAH SIMUNJAN ANJURAN KSK

Pertandingan Akhir Futsal Wanita anjuran Kelab Sukan Komuniti telah berlangsung dengan meriahnya di Padang Sentral, Simunjan pada 28 Jun 2009 lepas. Penyokong yang bersorak dengan meriah telah memberi semangat kepada pemain pasukan masing-masing. Perlawanan sengit antara Pasukan SMK Simunjan No.1 dengan Pasukan Kpg. Sageng telah berakhir tanpa jaringan 0-0 dan perlawanan berkesudahan dengan tendangan penalti 2-1 yang dimenangi oleh Pasukan SMK Simunjan No.1. Sebuah lagi Pasukan SMK Simunjan No.1 telah mendapat tempat yang ketiga manakala Pasukan Kpg. Keleka pula menduduki tempat keempat.
Selain itu, persembahan Shuffle dan Ball Junggling telah dipersembahkan oleh anak-anak remaja di Daerah Simunjan . Bagi memeriahkan lagi acara pihak penganjur telah mengadakan pertandingan Poco-poco secara individu. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Kaunselor Ismail Hj Dahari dan Ketua Kampung Raili Bin Alias



Pertandingan Bola Tampar Lelaki

Barisan Pasukan Perlawanan Akhir Bola Tampar

Tempat Pertama- Pasukan COBRA 2

Urusetia dan jemputan khas


Perlawanan hebat dari kedua-dua pasukan

Perlawanan hebat dari kedua-dua pasukan


PERLAWANAN BOLA TAMPAR ANJURAN KELAB SUKAN KOMUNITI, SIMUNJAN

Pertandingan Akhir Bola Tampar anjuran Kelab Sukan Komuniti telah berlangsung 25 Mei 2009 bertempat di Padang Sentral jam 5.00 petang. Perlawanan antara Pasukan COBRA 2 yang mewakili Kampung Keleka dan Pasukan Psyco Touch mewakili Syarikat Ladang Kelapa Sawit akhirnya menyaksikan kemenangan yang berpihak kepada Pasukan COBRA 2 dari Kampung Keleka, Simunjan.
Ketua Kampung Raili B.Alias dan Kaunselor Ismail Hj Dahari sekali lagi telah dijemput untuk menyaksikan perlawanan sekaligus menyampaikan hadiah kemenangan kepada pasukan-pasukan yang berjaya. Taniah diucapkan kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya dan teruskan usaha kepada pasukan yang kecundang.











Pertandingan Futsal Wanita

PERTANDINGAN FUTSAL WANITA



KSK Simunjan telah menganjurkan Pertandingan Liga Futsal Wanita penghujung Jun 2009 bagi menyemarakkan sukan di Daerah Simunjan. Pertandingan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari wanita daerah Simunjan. Pertandingan Futsal ini merupakan sukan selingan bagi menggalakkan golongan wanita di Daerah Simunjan selain dari permainan Bola Jaring.















Tuesday, April 14, 2009

Aktiviti Belia-Belia Simunjan

Pertandingan Futsal dan Permainan Futsal merupakan sukan yang paling popular di Simunjan pada masa ini. Saban petang remaja lelaki kerap bermain di Padang Central Simunjan. Walaupun bukan padang Futsal, namun semangat kesukanan mereka tidak menghiraukan aspek padang ini. Melalui pertandingan, banyak bakat-bakat baru dilahirkan di Daerah Simunjan untuk diketengahkan ke Peringkat Antarabangsa.





Gambar : Pertandingan Futsal Belia Lelaki Anjuran KSK SIMUNJAN




Aktiviti Belia-Belia Simunjan

Permainan Bola Tampar




Gambar : Sebahagian dari aktiviti yang sering dijalankan dan dipertandingkan di kalangan belia Simunjan. Permainan Bola Tampar. Pertandingan ini sedikit sebanyak boleh mencungkil bakat-bakat baru belia Simunjan. Pertandingan ini dianjurkan oleh KSK Simunjan 2007




Aktiviti Belia- Belia Simunjan

Aktiviti Belia Wanita Simunjan





Gambar : Bagi memenuhi masa lapang, belia wanita Simunjan sering melakukan aktiviti poco-poco pada sebelah petang. Aktiviti ini secara tidak langsung menjadi senaman bagi menyihatkan tubuh badan.




Malam Sambutan Merdeka 2007

Kemuncak Sambutan Kemerdekaan 2007 Peringkat P.200 Batang Sadong Telah Diadakan Pada 30 Ogos 2007 sehingga detik 12 Malam 31 Ogos 2007





Gambar : Kemuncak Sambutan Merdeka 2007 menyaksikan ketibaan Kembara Kerdeka Kereta Kancil ke Padang Central Simunjan. Rombongan ini terus dibawa ke pentas utama bagi sama-sama mengira detik 12 malam. Acara kebudayaan turut dipersembahkan serta pertunjukan bunga api. Walaupun sambutan sebegini setahun sekali, namun belia Simunjan tidak pernah ketinggalan dalam menyumbangkan tenaga bagi menjayakannya.