Monday, July 6, 2009

Pertandingan Bola Jaring

Semasa perlawanan berlangsung

Semasa perlawanan berlangsung

SMK Simunjan No. 1 ( Naib Johan )


SMK Sri Sadong ( Johan )

Sebahagian daripada penonton pertandingan


Pertandingan Bola Jaring Anjuran KSK Simunjan

Pertandingan Akhir Bola Jaring Wanita anjuran Kelab Sukan Komuniti telah berlangsung dengan meriahnya di Padang Sentral, Simunjan pada 28 Jun 2009 lepas serentak dengan Pertandingan Akhir Futsal Wanita. Seramai 6 pasukan dipertandingkan. Secara kasarnya,pertandingan bola jaring ini kurang mendapat sambutan kerana penduduk masih belum mendapat pendedahan tentang permainan ini. Sejurus permainan akhir berlangsung, penyokong bersorak dengan meriah untuk memberi semangat kepada pemain pasukan masing-masing. Perlawanan sengit antara Pasukan SMK Simunjan No.1 dengan SMK Sri Sadong memperlihatkan kehebatan pelajar SMK Sri Sadong yang telah berjaya mengatasi pasukan lawan dan seterusnya menjadi johan pertandingan.
Selain itu, persembahan Shuffle dan Ball Junggling telah dipersembahkan oleh anak-anak remaja di Daerah Simunjan . Bagi memeriahkan lagi acara pihak penganjur telah mengadakan pertandingan Poco-poco secara individu. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Kaunselor Ismail Hj Dahari dan Ketua Kampung Raili Bin Alias















No comments:

Post a Comment