Saturday, July 4, 2009

Futsal Wanita

Pasukan Kpg. Keleka (Tempat Keempat)

Pasukan Kpg. Sageng (Tempat Kedua)

Pasukan SMK Simunjan No.1 (Tempat 1 & 3)

Persembahan Poco-poco


PERTANDINGAN AKHIR FUTSAL WANITA DAERAH SIMUNJAN ANJURAN KSK

Pertandingan Akhir Futsal Wanita anjuran Kelab Sukan Komuniti telah berlangsung dengan meriahnya di Padang Sentral, Simunjan pada 28 Jun 2009 lepas. Penyokong yang bersorak dengan meriah telah memberi semangat kepada pemain pasukan masing-masing. Perlawanan sengit antara Pasukan SMK Simunjan No.1 dengan Pasukan Kpg. Sageng telah berakhir tanpa jaringan 0-0 dan perlawanan berkesudahan dengan tendangan penalti 2-1 yang dimenangi oleh Pasukan SMK Simunjan No.1. Sebuah lagi Pasukan SMK Simunjan No.1 telah mendapat tempat yang ketiga manakala Pasukan Kpg. Keleka pula menduduki tempat keempat.
Selain itu, persembahan Shuffle dan Ball Junggling telah dipersembahkan oleh anak-anak remaja di Daerah Simunjan . Bagi memeriahkan lagi acara pihak penganjur telah mengadakan pertandingan Poco-poco secara individu. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Kaunselor Ismail Hj Dahari dan Ketua Kampung Raili Bin Alias



No comments:

Post a Comment