Tuesday, April 14, 2009

Aktiviti Belia-Belia Simunjan

Pertandingan Futsal dan Permainan Futsal merupakan sukan yang paling popular di Simunjan pada masa ini. Saban petang remaja lelaki kerap bermain di Padang Central Simunjan. Walaupun bukan padang Futsal, namun semangat kesukanan mereka tidak menghiraukan aspek padang ini. Melalui pertandingan, banyak bakat-bakat baru dilahirkan di Daerah Simunjan untuk diketengahkan ke Peringkat Antarabangsa.





Gambar : Pertandingan Futsal Belia Lelaki Anjuran KSK SIMUNJAN




Aktiviti Belia-Belia Simunjan

Permainan Bola Tampar




Gambar : Sebahagian dari aktiviti yang sering dijalankan dan dipertandingkan di kalangan belia Simunjan. Permainan Bola Tampar. Pertandingan ini sedikit sebanyak boleh mencungkil bakat-bakat baru belia Simunjan. Pertandingan ini dianjurkan oleh KSK Simunjan 2007




Aktiviti Belia- Belia Simunjan

Aktiviti Belia Wanita Simunjan





Gambar : Bagi memenuhi masa lapang, belia wanita Simunjan sering melakukan aktiviti poco-poco pada sebelah petang. Aktiviti ini secara tidak langsung menjadi senaman bagi menyihatkan tubuh badan.




Malam Sambutan Merdeka 2007

Kemuncak Sambutan Kemerdekaan 2007 Peringkat P.200 Batang Sadong Telah Diadakan Pada 30 Ogos 2007 sehingga detik 12 Malam 31 Ogos 2007





Gambar : Kemuncak Sambutan Merdeka 2007 menyaksikan ketibaan Kembara Kerdeka Kereta Kancil ke Padang Central Simunjan. Rombongan ini terus dibawa ke pentas utama bagi sama-sama mengira detik 12 malam. Acara kebudayaan turut dipersembahkan serta pertunjukan bunga api. Walaupun sambutan sebegini setahun sekali, namun belia Simunjan tidak pernah ketinggalan dalam menyumbangkan tenaga bagi menjayakannya.




Pertandigan Tarik Tali 2007

Pertandingan Tarik Tali Telah Diadakan pada 29 Ogos 2007 Bertempat di Padang Sentral Simunjan





Gambar : Pertandingan tarik tali lelaki & wanita telah diadakan pada sebelah petang 29 Ogos 2007. Walaupun kesakitan dan kepanasan, belia, ibu-ibu dan bapa-bapa tetap memberi sokongan padu dalam aktiviti ini.


Pertandingan Poco-Poco 2007

Pertandingan Poco-Poco telah diadakan Pada 29 0gos 2007


Gambar : Pertandingan Poco-poco yang pertama kali dianjurkan di Daerah Simunjanbagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan 2007 mendapat penyertaan yang mengggalakkan dikalangan belia wanita baik yang sudah menjadi ibu atau belum. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan penduduk Simunjan.





Pelepasan Kembara Merdeka Simunjan 2007

Pelepasan Kembara Merdeka Simunjan ( Kereta Kancil ) telah dilancarkan pada
28 Ogos 2007







Gambar : Pelepasan kembara Merdeka 2007 melibatkan penyertaan belia dan warga emas dalam ekspedisi jelajah kereta kancil peringkat P.200 Batang Sadong. Semasa pelepasan turut diadakan senaman poco-poco bagi memeriahkan lagi aturcara.



Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan Simunjan 2007

Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan
Peringkat Parlimen P.200 Batang Sadong Pada 20 Ogos 2007





Gambar : Pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan belia Daerah Simunjan seperti acara kebudayaan, Pelepasan Kembara Merdeka ( Kereta Kancil ) serta menjadi sukarelawan semasa Pelancaran Merdeka ini.


Monday, April 13, 2009

Program Tunas Gemilang Simunjan

Program Tunas Gemilang Telah Diadakan Di Simunjan pada 23 Disember 2007 di Simunjan.
Kelab Sukan Dan Komuniti Simunjan telah diberi mandat untuk memilih bakat-bakat muda untuk diketengahkan. Aktiviti ini banyak melibatkan penyertaan sukarela di kalangan belia bagi memilih kanak-kanak yang berjaya. Dengan adanya program sebegini, belia-belia dapat menjalankan aktiviti yang lebih berfaedah.



Gambar : Semasa aktiviti sedang dijalankan




RTM Di Lokasi

RADIO DI LOKASI ( RTM BERAMBEH DI SIMUNJAN )
23 - 25 Mei 2008 di Dewan Setia Simunjan






Gambar : Wanita dan belia Simunjan turut serta dalam menjayakan Program RTM Berambeh di Simunjan yang berlangsung selama 2 hari. Pelbagai aktiviti diadakan seperti futsal, sukaneka, acara kesenian, bergendang dan lain-lain. Program ini mendapat sambutan yang menghangatkan oleh penduduk Simunjan terutamanya golongan belia-belia Simunjan.