Sunday, April 12, 2009

Wira Negara Malaysia - SAPOK BIKI

Sapok Biki Wira Negara

Dunia ketenteraan terus mengiktiraf kehebatan wira muda yang telah mengharumkan nama negara apabila beliau memenangi pingat emas kategori light flyweight pada Sukan Komanwel (SUKOM) XVI, 1998. Peninju negara, Sapok Biki dinaikan pangkat sebagai Pegawai Waran II selepas melakar sejarah menjadi peninju pertama di Malaysia yang memenangi sukan tersebut semasa SUKOM di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sepuluh tahun yang lau.


Walaupun dikenali sebagai “Peninju Negara” namun tidak ramai yang mengetahui di mana kampung kelahiran beliau. Sapok Biki berasal dari Kampung Isu Lama, Simunjan. Menurut bapa saudaranya, Anyan Jamban, sejak kecil Sapok meminati sukan tinju. Sapok juga suka menonton video sukan tersebut dari pelbagai negara di seluruh dunia. Tambahnya lagi, Sapok tidak berguru dengan sesiapa. Namun, kemahiran bertinju diperolehi setelah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Berkat kegigihan beliau menjalankan latihan, akhirnya dinobatkan sebagai juara.

1 comment:

  1. Hi Dayang, so suprise see u here...
    kmk Ah Chun.. Ktk pernah tolong kat kedei kmk buat sementara sblm Raya tahun dolok... ingat kmk ?

    Tok hp kmk, 0168965200. Kmk dah xda balit simunjan. Keep in touch ok..

    ReplyDelete