Sunday, April 12, 2009

Jaguh Perahu Layar Negara- JAMIL BIN ALI

Jaguh Perahu Layar - “My Goal Is Gold”

Sebut saja jaguh Perahu Layar, nama Jamil Ali akan meniti di bibir penduduk di Daerah Simunjan. Beliau adalah pemenang Pingat Emas Sukan Perahu Layar di Sukan Asia Tenggara (SEA) Kuala Lumpur 1989. Selain itu, beliau juga dinobatkan Naib Juara semasa Kejohanan Dunia Kategori Enterprise dan Juara serta Naib Juara Terbuka Angkatan Tentera (ATM) dalam sukan tersebut di Port Dickson, Negeri Sembilan .
Jelas beliau, semangat tidak pernah mengaku kalah dan sentiasa ingin membuat yang terbaik menjadi pendorong kepadanya untuk terus berjaya. Minat terhadap sukan tersebut tersemai ketika beliau bertugas sebagai Kelasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Tambah beliau, setiap kali perlumbaan perahu layar, dia akan menampal atau mengikat kain yang tertera My Goal Is Gold . Selepas bersara dari arena sukan tersebut, beliau berkhidmat sebagai Pemandu di Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment