Sunday, April 12, 2009

Tokoh Pahlawan Simunjan

Gambar : Pak Japid Sebagai tokoh pahlawan yang unggul di Simunjan( Suratkhabar Mingguan Sarawak – 25 April 2004/Ahad )

Tokoh Pahlawan Simunjan

Sikap berani Pak Japid menentang penjajah dilakukan demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air serta tidak mahu melihat Jepun terus bermaharajalela di Simunjan. Pak Japid dikatakan memberontak menentang Jepun apabila beliau ditangkap kerana enggan meminjamkan perahu kepada Jepun. Oleh kerana pada masa itu, beliau seorang sahaja yang memiliki perhu yang besar atau dikenali sebagai "Perahu Bandung" dikalangan penduduk.

Kerana keberaniaannya beliau dibunuh oleh pihak Jepun berdekatan Sungai Simunjan. Menurut sumber, Pak Japid ditetak bertubi-tubi tetapi tidak berkesan kerana beliau memiliki kalimah yang menyebabkannya sukar ditewas dan kebal. Akhirnya pihak Jepun mengambil langkah menimbus Pak Japid hidup-hidup kedalam lubang. Difahamkan selama 7 hari beliau meraung meminta tolong. Perjuangan Pak Japid dan jasanya kepada Simunjan tetap dikenang sampai bila-bila.

Keberanian yang ada pada Pak Japid menjadi sumber inspirasi bagi belia-beliawanis di Simunjan agar berani berjuang memartabatkan agama, bangsa dan negara khususnya Daerah Simunjan di mata dunia tanpa mengira aspek perjuangan mereka samaada dari aspek sukan, akademik, agama dan seumpamanya.


No comments:

Post a Comment